|
Artikel tm -
Cerpen
|
|
Written by hannin
|
|
Sunday, 18 May 2008 |
Setiap kali melintasi bilik elektrikal,hati aku berdetap-detup dengan kencang sekali.Jantungku berlari laju dan sekiranya tidak nampak kelibatnya pasti aku tidak tentu haluan.Sempat lagi aku melirik tajam meninjau suasana di dalam bilik itu.sama ada seseorang yang aku cari ada di situ atau tidak.Belum sempat mata aku melilau ke dalam,namaku pula yang dipanggil..Aku kenal suara itu.Suara abang Imran.Berderau darah aku.
"hai Izah...baru datang??"tegur abang Imran dari dalam bilik itu.
Aku hanya melemparkan senyuman berserta anggukan.Aku lajukan langkah kerana aku tidak mahu abang Imran tahu yang aku mencarinya.Malu aku dibuatnya nanti.
Perasaan aku tidak dapat dibendung lagi.Semakin hari semakin parah aku dibuatnya.Hari demi hari aku cuba mengikis perasaan ini namun ia terlalu sukar untuk aku lakukan.Semakin aku cuba untuk membuangnya semakin ia terus melekat rapi.Aku menceritakan kepada Bobby rakan seperjabat yang paling rapat dengan aku.Bobby nama panggilan untuk Karvitha Kaur.Oleh kerana dia memang cantik semua orang memanggilnya Bobby saja.Mungkin terkenan filem bobby agaknya.
|
|
Last Updated ( Sunday, 18 May 2008 )
|
|
Read more...
|